Hari ini, fasa 1 transit aliran massa, MRT laluan Putrajaya akan mula beroperasi, satu lagi bentuk kemudahan pengangkutan awam yang menjanjikan akses lebih baik untuk orang ramai.<br /><br />12 stesen akan dibuka dalam fasa ini iaitu Kwasa Damansara, Kampung Selamat, Sungai Buloh, Damansara Damai, Sri Damansara Barat, Sri Damansara Sentral.<br /><br />Enam lagi stesen ialah Sri Damansara Timur, Metro Prima, Kepong Baru, Jinjang, Sri Delima dan Kampung Batu.